Cuaca panas tidak boleh matikan Covid-19, kata saintis Rusia

Iklan

MOSCOW - Musim panas tidak mematikan koronavirus (Covid-19) yang hidup di permukaan, sebaliknya boleh menyumbang kepada kadar peningkatan kejadian di Rusia, kata pengarah Pusat Penyelidikan Klinikal di Kazan Federal University, Albert Rizvanov.

Menurut agensi berita Rusia (TASS), Rizvanov yang juga mengetuai pasukan penyelidik untuk menghasilkan vaksin Covid-19 berkata,

Iklan
Iklan

"Suhu (udara) yang rendah boleh meningkatkan daya tahan virus: suhu optimum untuk virus empat hingga lapan darjah (Celsius). Bila suhu udara meningkat, virus jadi kurang stabil.

"Namun, virus ini mudah merebak melalui udara (bercakap, bersin, batuk atau hanya dengan bernafas), bersalam dan bersentuhan dengan permukaan baharu tercemar. Virus itu juga boleh terurai dengan lebih pantas walaupun pada ketika musim panas," jelasnya.

Iklan

Menurutnya, ketika musim panas, orang lebih cenderung keluar dan berhubung antara satu sama lain dengan lebih kerap.

"Ia mungkin menjadi faktor risiko tambahan," katanya.

Iklan

Rusia setakat ini mencatatkan 242,271 kes dengan 48,003 pesakit sudah sembuh manakala 2,212 orang lagi meninggal dunia. - Bernama