'Tidak mustahil kerajaan PH Selangor tumbang'

Iklan
Rizam menziarahi seorang penduduk di DUN Sungai Air Tawar di sini hari ini.

SABAK BERNAM - Kerajaan Pakatan Harapan (PH) Selangor tidak mustahil tumbang sekiranya beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PH hilang keyakinan terhadap kepimpinan tertinggi dalam gabungan parti itu.

Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Rizam Ismail berkata, terdapat dalam kalangan ADUN PH di Selangor kini tidak bersefahaman terutama dengan kepimpinan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Iklan
Iklan

"Sebagaimana yang kita ketahui Anwar sendiri selama ini banyak kali memberitahu beliau bakal perdana menteri tetapi ternyata tidak menjadi realiti.

"Saya rasa ramai dalam kalangan ahli sudah hilang kepercayaan kepada beliau dan juga parti-parti gabungan PH," katanya kepada Sinar Harian.

Iklan

Terdahulu Rizam meluangkan masa menziarahi dan menyampaikan sumbangan Ramadan di tiga rumah penduduk DUN Sungai Air Tawar di sini hari ini.

Rizam yang juga ADUN Sungai Air Tawar berkata, apa yang berlaku di Kedah tidak mustahil boleh berlaku di negeri ini.

Iklan

"Kalau kepimpinan kerajaan negeri Selangor tidak dapat mendahului keperluan rakyat sudah tentu mereka (ADUN PH) akan bersama dengan parti yang boleh menjaga rakyat dengan lebih baik.

"Malah, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah pertukaran kerajaan ini bukanlah kerajaan pintu belakang, sebaliknya ia sah di sisi undang-undang dan perlembagaan negara," katanya.