LZS bantu keluarga Ariffin

Iklan
Keratan portal Sinar Harian

SABAK BERNAM - Lembaga Zakat Selangor (LZS) meluluskan bantuan kewangan bulanan dan bantuan hari raya kepada sebuah keluarga di Kampung Banting di sini yang berdepan masalah kewangan serta kesihatan.

Ketua Divisyen Komunikasi Korporat LZS, Datin Norajun Ainun Mohd Hashim berkata, pihaknya mengambil berat masalah yang dihadapi keluarga, Ariffin Abd Hamid, 55, apabila isterinya Harlina Mohd Tuan, 42, menghidap kanser payudara dan kanser tulang tahap empat.

Iklan
Iklan

"LZS juga turut menyalurkan bantuan perubatan kepada Harlina yang berulang-alik ke Hospital Teluk Intan sebulan sekali manakala bantuan lain akan disalurkan berdasarkan keperluan dan dan kelayakan," katanya kepada Sinar Harian.

Norajun berkata, keluarga terbabit sebelum ini pernah menerima bantuan umum pelajaran pada tahun 2015 dan bantuan kos ulang alik ke hospital pada Disember 2019.

Iklan

"Bagaimanapun, Ariffin ketika itu menolak bantuan tersebut kerana mahu berusaha sendiri," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Upah jaga kebun sara isteri hidap kanser, 6 anak bersekolah

Sinar Harian sebelum ini melaporkan, Ariffin yang menyara enam daripada lapan anak yang masih bersekolah berdepan dugaan apabila tidak mampu mengait kelapa sawit selepas bahu kanannya cedera akibat tertusuk bilah sabit sejak dua tahun lalu.

Iklan

Lebih memilukan Harlina disahkan menghidap kanser payudara yang dikesan ketika hamil anak bongsu dan turut disahkan kanser tulang tahap empat sejak dua bulan lalu.

Pada masa sama, enam daripada lapan anaknya masih bersekolah dan memerlukan perbelanjaan tinggi menyebabkan anak sulungnya, Fatin Nursyafiqa, 21, terpaksa menolak tawaran menyambung pengajian peringkat ijazah sarjana muda di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) berikutan kesempitan hidup.