BuzzFeed tutup operasi di UK, Australia

Iklan
BuzzFeed mahu memfokuskan berita hangat yang sedang melanda AS ketika waktu sukar akibat Covid-19 ini. - Foto Agensi

SYDNEY - Laman berita dalam talian, BuzzFeed mengumumkan akan menutup sebahagian daripada operasi berita di United Kingdom (UK) dan Australia sebagai langkah mengurangkan kos dan kerugian.

Jurucakap syarikat itu berkata, keputusan dibuat berdasarkan keadaan ekonomi dan antara langkah strategik yang turut diambil bagi mengekalkan operasi syarikat.

Iklan
Iklan

"BuzzFeed tidak lagi akan membuat liputan berita tempatan di kedua-dua negara tersebut tetapi kami masih merancang untuk mengekalkan beberapa pekerja di UK yang akan memberi fokus berita sosial, selebriti dan penyelidikan.

"Kami akan memfokuskan kepada berita hangat yang melanda di Amerika Syarikat dalam tempoh sukar ini,” katanya.

Iklan

Difahamkan, seramai 10 kakitangan di UK dan empat di Australia akan 'direhatkan' dan langkah itu dijangka kekal.

Ketika ini, terdapat banyak syarikat media yang terjejas akibat koronavirus (Covid-19) dengan pendapatan iklan yang menjunam dan kesukaran untuk beroperasi. - Agensi

Iklan