KUALA TERENGGANU - Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) hari ini menafikan maklumat yang tular di Facebook kononnya terdapat kes koronavirus (Covid-19) di Pasar Borong Gong Pauh di sini iaitu dalam kalangan pemandu lori sayur dari Selayang, Selangor.
Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Nor Azimi Yunus berkata, sebenarnya aktiviti saringan yang dijalankan terhadap peniaga di pasar berkenaan hari ini adalah sebagai langkah berjaga-jaga dan proaktif dilakukan pihaknya untuk mencegah penularan wabak itu di negeri ini.