LONDON - Seorang profesor universiti di London melancarkan permainan komputer 'Can You Save the World?' untuk membantu kanak-kanak memahami bagaimana jarak sosial dapat menyelamatkan nyawa semasa wabak koronavirus (Covid-19) melanda dunia.
Richard Wiseman berkata, idea yang dianggap sebagai permainan komputer Covid-19 pertama di dunia itu tercetus setelah dia pergi bersiar-siar semasa pelaksanaan perintah berkurung di Britain dan mendapati keadaan itu terasa seperti permainan komputer apabila dia perlu menjaga jarak sosial dari pejalan kaki dan penunggang basikal di sekelilingnya.