BUTTERWORTH – Kerajaan Persekutuan menyediakan skim perlindungan kesihatan untuk golongan B40 sebanyak RM50 sehari bagi tempoh maksimum 14 hari atau RM700 setahun.
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, perkara itu telah diumumkan semasa Belanjawan 2019 tetapi tidak mendapat liputan meluas oleh pengamal media.
"Kita semua sedia maklum apabila orang miskin sakit, dia tak ada sumber pendapatan, dan biasanya mereka tak ada kemampuan untuk beli insurans perubatan.
"Itulah sebabnya kerajaan nak berikan satu insentif untuk bantu mereka dalam insurans perubatan. Mana-mana individu dalam golongan B40 yang masuk wad, mereka akan dapat wang tunai RM50 sehari. Ini akan diberikan percuma, tak perlu beli insurans perubatan,” katanya.
Menurutnya, mereka hanya perlu kemukakan bukti masuk wad dan penyakit adalah dalam senarai 36 penyakit kritikal.
"Sebelum ini saya umumkan ada empat penyakit kritikal, tapi selepas rundingan dengan syarikat insurans, mereka sedia untuk luaskan kepada 36 penyakit kritikal.
"Ini adalah satu kemudahan dan bantuan kepada golongan B40 yang akan berkuat kuasa mulai 1 Januari 2019 dengan dikendalikan Bank Negara. Saya telah beri arahan kepada Bank Negara supaya permohonan dibuat secara atas talian, tak perlu cari-cari orang,” katanya.