Solat Jumaat dibenar di Pulau Pinang bermula 22 Mei
Iklan
Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor
GEORGETOWN - Semua masjid dan surau Jumaat di Pulau Pinang boleh mengadakan solat Jumaat bermula 22 Mei depan.
Bagaimanapun, pelaksanaan solat Jumaat itu terhad kepada 12 hingga 15 jemaah sahaja terdiri daripada pegawai masjid dan surau, ahli jawatankuasa kariah serta siak.
Iklan
Iklan
Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor berkata, bagi ahli kariah yang tidak hadir menunaikan solat Jumaat di masjid, mereka hendaklah menunaikan solat Zuhur di rumah masing-masing setelah solat Jumaat di masjid selesai dilaksanakan.
"Pelaksanaan solat Jumaat ini hendaklah mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan dan garis panduan yang dikeluarkan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang sebagai langkah mencegah sebarang jangkitan koronavirus (Covid-19) daripada terus merebak," katanya menerusi satu kenyataan di sini hari ini.
Iklan
Wan Salim menegaskan, kaedah berkenaan hanya terpakai untuk pelaksanaan solat Jumaat semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan tidak terpakai untuk permohonan mendirikan solat Jumaat bagi tempat-tempat yang tidak mencukupi bilangan 40 jemaah.
Sementara itu katanya, aktiviti lain seperti solat berjemaah lima waktu, solat sunat tarawih, solat sunat Aidilfitri, kuliah, ceramah, majlis berbuka puasa dan majlis akad nikah tidak dibenarkan buat masa ini.
Iklan
Katanya, semua aktiviti berkenaan hendaklah ditangguhkan sehingga keadaan diisytiharkan kembali selamat ataupun bergantung kepada sebarang ketetapan diputuskan pihak kerajaan.
"Semua umat Islam dinasihatkan memperbanyakkan ibadah di rumah masing-masing secara berjemaah dengan ahli keluarga di samping melaksanakan qunut nazilah, solat hajat dan membaca doa menghindarkan bala bagi memohon keselamatan dan kesejahteraan untuk semua," katanya.
Pengalaman berdepan situasi cemas di tengah laut termasuk menyelamatkan beberapa mangsa tragedi bot karam baru-baru ini membuatkan Pencipta kandungan atau YouTuber dikenali sebagai Mohd Khushairi Mohd Zuki lebih menitik beratkan soal keselamatan setiap kali turun memancing, lapor wartawan Sinar Harian, Mohd Iskandar Othman.
Berkongsi pengalaman bersama rakan menyelamatkan empat nelayan warga Indonesia yang terapung selama empat hari di tengah laut berhampiran Pulau Jarak pada Rabu lalu, Mohd Khushairi berkata, mereka bernasib baik kerana dapat berpaut pada tong ikan dan botol yang diikat pada badan masing-masing.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/698041/edisi/utara/youtuber-kongsi-pengalaman-selamatkan-empat-mangsa-bot-karam