KOTA KINABALU - Tindakan seorang lelaki menghina dan memburuk-burukan Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin melalui aplikasi WhatsApp membawa padah apabila dia dihukum penjara lapan bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.
Majistret Afiq Agus menjatuhkan hukuman itu terhadap Jolay Bonar, 51, selepas dia mengaku bersalah melakukan perbuatan itu pada 22 November tahun lalu.