Lebih 300,000 mangsa korban Covid-19 seluruh dunia

Iklan
Korban Covid-19 di seluruh dunia kini mencecah seramai 300,074 menurut Johns Hopkins University.

NEW YORK - Korban Covid-19 di seluruh dunia kini mencecah seramai 300,074 orang pada Khamis, menurut Johns Hopkins University lapor agensi berita Xinhua.

Sementara itu, jumlah kes pula meningkat kepada 4,405,688.

Iklan
Iklan

Amerika Syarikat (AS) melaporkan kes dan kematian paling tinggi iaitu masing-masing sebanyak 1,400,500 dan 85,066. Negara lain yang mencatatkan jumlah kematian melebihi 20,000 termasuk Britain, Itali, Sepanyol dan Perancis.

Negara yang melaporkan kes melebihi 200,000 pula ialah Rusia, Britain, Sepanyol dan Itali. - Bernama

Iklan
Iklan