Kawasan Jalan Pasar Pudu dipasang kawat duri

Iklan
Penduduk sedang menjalani saringan Covid-19.

KUALA LUMPUR - Kediaman di sekitar Jalan Pasar Pudu di sini dipasang pagar kawat duri menjadikannya seperti Jalan Raja Bot, Chow Kit yang sebelum ini diisytiharkan sebagai kawasan kawalan secara pentadbiran.

Tinjauan Sinar Harian pada jam 11 pagi hari ini mendapati penduduk di sekitar Jalan Pudu meliputi Jalan Landak, Jalan Pasar dan Jalan Brunei sedang menjalani saringan Covid-19.

Iklan
Iklan

Pemeriksaan yang dilakukan oleh kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) lengkap berpakaian peralatan perlindungan diri (PPE) itu diadakan di hampir tiga khemah dalam kawasan yang dipasang pagar kawat duri.

Pada masa sama, pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengawasi dan meronda di seluruh kawasan berkenaan.

Iklan
Polis menahan seorang lelaki yang dipercayai cuba melarikan diri.

Kawalan secara pentadbiran di kawasan itu bermula sejak jam 11 malam semalam selepas pegawai dan anggota ATM mula memasang pagar kawat duri.

Sumber memberitahu, tindakan melaksanakan kawalan kawasan secara pentadbiran di lokasi itu secara mengejut adalah bagi mengelakkan penduduk mengetahui kawasan kediaman mereka bakal ditutup.

Iklan

"Sekiranya pihak berkuasa memberitahu mereka lebih awal, berkemungkinan bakal ada unsur cubaan melarikan diri dalam kalangan penduduk terutamanya warga asing yang tidak memiliki dokumen perjalanan sah.

"Tindakan utama pihak berkuasa pada masa ini adalah bagi menghalang penyebaran dan penularan Covid-19 dan bukannya menangkap mereka yang dikategorikan sebagai pendatang asing tanpa izin," katanya.

Sinar Harian turut difahamkan, dua lelaki cuba melarikan diri dari kawasan itu, namun tindakan mereka gagal setelah diberkas polis.