AirAsia tawar penerbangan percuma kepada petugas hadapan HKL

Iklan

KUALA LUMPUR - AirAsia menawarkan penerbangan percuma ke destinasi domestik terpilih di Semenanjung Malaysia dalam menyokong usaha Ormond Group yang menawarkan penginapan percuma untuk petugas barisan hadapan Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Dalam kenyataan bersama hari ini, mereka berkata ia sebagai menzahirkan penghargaan kepada petugas barisan hadapan HKL yang telah bekerja keras menjaga kesihatan rakyat Malaysia ketika penularan wabak Covid-19.

Iklan
Iklan

"Dalam semangat #InThisTogether, kami gembira dapat bekerjasama dengan Ormond Group dan menawarkan penerbangan percuma ke destinasi domestik di Semenanjung Malaysia kepada petugas barisan hadapan HKL.

"Kesemua mereka merupakan wira dan wirawati negara sepanjang penularan wabak ini, dan kami ingin mengucapkan terima kasih,” kata Ketua Pegawai Eksekutif airasia.com, Karen Chan.

Iklan

Sementara itu, Ormond Group akan turut menawarkan penginapan satu malam percuma kepada petugas kesihatan yang sama di hotel terkemuka miliknya The Chow Kit-An Ormond Hotel.

Di samping itu, ia juga akan memberi diskaun 30 peratus kepada semua petugas kesihatan, anggota polis dan tentera yang terlibat dalam usaha memerangi Covid-19 untuk menginap di mana-mana hotel miliknya.

Iklan

"Kami terhutang budi dengan mereka, ini hanyalah perkara kecil yang kami lakukan sebagai tanda penghargaan kami,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Ormond Group, Gareth Lim.

Tawaran itu adalah lanjutan sokongan Ormond Group terhadap petugas kesihatan di Tune Hotels PWTC, setelah menempatkan 200 kakitangan HKL ketika situasi Covid19 melanda sepanjang 45 hari lepas.

Ia merangkumi sejumlah 4531 malam penginapan, ditaja oleh badan amal sekutunya, Yayasan ECM Libra.

Ormond Group adalah syarikat hospitaliti dengan visi mencipta pengalaman positif yang mempengaruhi cara hidup, bekerja dan menginap.- Bernama