ALOR SETAR - Seorang lelaki ditemui meninggal dunia dalam sebuah rumah berkunci di Kampung Jermai, Sungai Taka, Serdang, di sini hari ini.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, pihaknya menerima laporan berhubung penemuan mayat lelaki terbabit kira-kira jam 1.05 petang.
Iklan
Iklan
"Sebaik tiba di lokasi, kita mendapati terdapat seorang mangsa lelaki berusia kira-kira 55 tahun tidak sedarkan diri dalam rumah tersebut.
"Berdasarkan maklumat jiran, mangsa dilihat kali terakhir pagi tadi," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Terdahulu, sepasukan tujuh anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Serdang bergegas ke lokasi kejadian.
Katanya, anggota BBP Serdang bertindak membuka pintu dengan bolt cutter dan peralatan paratech.
"Mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia oleh anggota perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.