Gadis tersepit dalam tandas

Iklan
Anggota bomba cuba mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam tandas rumahnya di sini hari ini.

BEDONG - Seorang gadis yang tersepit dalam tandas rumahnya berjaya dibawa keluar oleh sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Aman Jaya dalam kejadian di Taman Bandar Baru, di sini hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian kira-kira jam 11.47 pagi.

Iklan
Iklan

Menurutnya, sebaik tiba di lokasi, mangsa berusia 19 tahun itu ditemui di dalam tandas rumahnya selepas terkunci dari luar.

Anggota bomba cuba mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam tandas rumahnya di sini hari ini.

"Anggota bomba bertindak memecahkan mangkuk tandas dengan peralatan 'paratech' dan berjaya mengeluarkan mangsa.

Iklan

"Mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan namun disyaki mengalami demam denggi," katanya.

Beliau berkata, pihaknya menyerahkan mangsa kepada petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tindakan lanjut.

Iklan