KKM hanya beri surat keputusan ujian semasa kepada warga asing

Iklan
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah semasa sidang media harian berkaitan jangkitan COVID-19 di Kementerian Kesihatan hari ini. - Foto Bernama

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hanya memberikan surat keputusan ujian semasa kepada warga asing yang telah menjalani saringan koronavirus (Covid-19).

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ini kerana ujian yang dilakukan itu hanya sah pada tempoh tersebut.

Iklan
Iklan

"Kita akan beri jawapan atau keputusan (ujian Covid-19) dalam satu surat bukan dari segi tag (lencana) sebab ujian hari ini hanya untuk semasa sahaja tetapi kalau kita bagi tag seolah-olah (memberi) individu yang telah melaksanakan ujian sebagai satu pas (kelulusan bebas Covid-19)," katanya pada sidang akhbar perkembangan semasa jangkitan Covid-19 di kementeriannya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai cadangan Kementerian Sumber Manusia untuk menyediakan tag atau lencana kepada warga asing yang sudah menjalani saringan Covid-19.

Iklan

Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham berkata, warga asing yang telah menjalani ujian saringan tetap terdedah dijangkiti wabak tersebut meskipun ujian pertama disahkan negatif.

"Jadi persoalannya ialah yang ujian tersebut hanya untuk pada masa tersebut, jadi pada minggu depan atau dua minggu lepas itu, mereka masih terdedah kepada Covid-19 dalam masyarakat," katanya.

Iklan