Pelajar IPT tiba di Labuan diarah jalani kuarantin

Iklan
Hampir separuh daripada pelajar IPT yang tiba di Labuan hari ini diarahkan menjalani kuarantin di dua pusat kuarantin di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Labuan dan Pusat Giat Mara. Gambar hiasan - Foto Bernama

LABUAN - Sebanyak 232 pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) dari semenanjung tiba di Labuan hari ini dengan hampir separuh daripada mereka diarahkan menjalani kuarantin di dua pusat kuarantin di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Labuan dan Pusat Giat Mara.

Mereka yang ditempatkan di pusat kuarantin kebanyakannya datang dari zon kuning dan merah koronavirus (Covid-19) di Semenanjung.

Iklan
Iklan

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Labuan, Dr Fary Akmal Osman berkata, kesemua pelajar itu telah menjalani pemeriksaan kesihatan dan ujian swab secara rawak oleh Jabatan Kesihatan sebaik tiba di Lapangan Terbang Labuan kira-kira 12 tengah hari tadi.

"Sekurang-kurangnya 48 peratus atau 111 daripada 232 pelajar berkenaan dihantar ke dua pusat kuarantin selepas menjalani penilaian risiko dan prosedur pengambilan sampel, manakala 121 lagi akan dikuarantin di rumah sekurang-kurangnya selama 14 hari,” katanya kepada Bernama.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, 95 pelajar dihantar ke Pusat Giat Mara dan 16 orang di ILP. - Bernama