JAKARTA - Pandemik koronavirus (Covid-19) membuka ruang kreatif kepada orang ramai menggunakan pelbagai kaedah untuk tampil menarik menghasilkan produk menerusi dunia fesyen.
Perkongsian terbaharu di akaun Instagram Percetakan Kain telah tampil kreatif menghasilkan beg daripada topeng bersaiz besar.
Entri itu menyatakan, pihaknya membuka tempahan sehingga 18 Mei dan mula jualan pada 26 Mei.
Ketika ini, topeng muka menjadi keperluan seharian masyarakat semasa keluar rumah atau berada di kawasan tumpuan ramai bagi membendung wabak Covid-19 terus menular.
Fesyen sempena Covid-19 juga dijual kepada mereka yang berminat dan ramai netizen tampil untuk menempah beg tersebut.
Antaranya dari @lechu bertanyakan harga beg berkenaan yang disifatkan sungguh cantik, manakala @aulioon pula memuji kreativiti dan inovasi pereka tersebut kerana bijak menampilkan sesuatu yang baharu bersesuaian dengan situasi semasa.
Bagaimanapun ada beranggapan fesyen itu sangat lucu dan mencuit hati netizen.