Masjid akan dibuka secara berperingkat di Pahang

Iklan
Masjid Negeri, Sultan Ahmad Shah 1 di sini mengadakan solat Jumaat secara percubaan selepas ditutup sementara sebelum ini susulan perintah Kawalan pergerakan (PKP).

KUANTAN - Masjid di negeri Pahang akan buka secara berperingkat mengikut keupayaan kuasa perintah Kawalan pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Jabatan Teknikal dalam menangani prosedur Operasi Standard (SOP) menangani wabak koronavirus (Covid-19).

Exco Hal Ehwal Agama Islam, Pelajaran dan Kesihatan Negeri Pahang, Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad berkata, bagaimanapun masjid yang dibenarkan dibuka hanya yang mendapat perkenan Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah atas nasihat Jawatankuasa Syariah Negeri.

Iklan
Iklan

"Memandang keluasan Pahang terlalu besar dengan bilangan masjid banyak dan jaraknya berjauhan maka penelitian perlu diberi secara berperingkat. Kita faham umat Islam sudah sekian lama merindui rumah ALLAH ini namun sedikit kesabaran diperlukan.

"Bagaimanapun kita tidak menolak kemungkinan ada kawasan-kawasan boleh dibenarkan mendirikan Jumaat dan solat berjamaah di masjid yang tertakluk kepada SOP PKPB yang ditetapkan,”katanya melalui satu kenyataan bagi menjelaskan berkaitan pembukaan masjid di negeri ini yang dimuatnaik di Facebook rasminya.

Iklan

Menurutnya, kerajaan negeri akan memastikan surat kebenaran itu dipanjangkan oleh pihak Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) kepada masjid-masjid dengan segera selepas mendapat perkenan tuanku.

Menjelaskan perkara itu, Syed Ibrahim berkata, sekiranya mana-mana masjid dibenar dibuka, jemaah yang hadir perlu dipastikan bukan seorang yang uzur, pesakit kronik dan lemah serta berisiko dijangkiti penyakit.

Iklan

"Begitu juga golongan wanita dan kanak-kanak di mana pada peringkat awal ini mereka tidak digalak untuk datang ke masjid,” katanya.

Beliau berkata, jemaah juga perlu menjaga kebersihan, mengamalkan langkah keselamatan dan pencegahan termasuk memakai topeng muka dan mematuhi penjarakkan sosial antara jemaah.

"Elakkan bersalaman dan berpeluk, cukup dengan tepukan tangan ke dada antara semua sebagai tanda erat dan mesra,” katanya.

Katanya, selain itu pihak pengurusan masjid juga perlu bersedia membuat sanitasi sebelum dan selepas menggunakan masjid.

"Masjid juga tanpa pendingin hawa. Usahakan keadaan masjid terbuka luas agar tidak tertutup.

"Jemaah yang hadir juga perlu dipastikan mereka dalam kalangan ahli kariah, sihat, bukan musafir atau mereka yang baru balik kampung,” katanya.

Beliau berkata, pihak masjid juga mestilah berusaha menyediakan cecair pembasmi kuman dan alat pengesan suhu.

"Syarat-syarat lengkap berhubung perkara ini akan dipanjangkan pihak JAIP kepada semua pengurusan masjid.

"Semoga dengan sedikit penjelasan ini dapat merungkai persoalan yang dikemukakan orang ramai tentang pembukaan masjid di Pahang,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Solat Jumaat di setiap daerah Pahang mulai 22 Mei

Semalam tiga masjid di daerah ini diadakan Solat Jumaat secara percubaan selepas ditutup sementara sebelum ini susulan perintah Kawalan pergerakan (PKP) bermula 18 Mac lalu ekoran penularan wabak Covid-19 manakala pelaksanaan solat Jumaat di sebuah masjid di setiap daerah lain pula akan bermula pada Jumaat minggu hadapan.