Kerajaan larang kenaikan caj pengangkutan awam

Iklan
Sebarang kenaikan caj pengangkutan awam sepanjang tempoh PKPB adalah tidak dibenarkan.

PUTRAJAYA - Sebarang kenaikan caj pengangkutan awam sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) adalah tidak dibenarkan.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pertimbangan kerajaan bagi perkara itu mengambil kira harga minyak yang rendah ketika ini.

Iklan
Iklan

"Mesyuarat membuat keputusan untuk tidak benarkan (syarikat) pengangkutan awam naikkan caj tambang pada waktu ini, tak kira bas, feri atau apa saja. Pertimbangan kita kerana harga minyak sudah rendah.

"Kalau harga naik, berebutlah naikkan harga, tapi bila harga turun, tiada siapa mahu turunkan harga," katanya pada sidang media (Non-Health) selepas Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan di sini hari ini.

Iklan

Beliau berkata, aduan kenaikan caj semalam didengar membabitkan caj tambang feri ke Langkawi dari Kuala Kedah dan Kuala Perlis yang dinaikkan sebanyak RM10.

"Kita faham mereka terpaksa membawa separuh saja penumpang. Kerugian mereka boleh ditampung dengan harga minyak yang rendah ketika ini," katanya.

Iklan