BUTTERWORTH – Berita baik untuk pekebun kecil getah apabila harga lantai bagi komoditi itu dinaikkan lagi sebanyak 30 sen menjadikannya RM2.50 sekilogram.
Harga siling bagi getah ketika ini ialah RM2.20 sekilogram.
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, ia sebagai bantuan kepada para penoreh menghadapi harga komoditi pasaran antarabangsa yang semakin menurun.
"Berikutan kejatuhan harga getah, pendapatan para penoreh getah telah terjejas dan penetapan harga lantai ini akan mampu sedikit sebanyak membantu mereka," katanya.
Tambahnya, harga subsidi padi juga akan di naikkan kepada RM360 setan daripada RM300 setan sekarang.
"Kita harap maklumat ini dapat disebarkan supaya petani dan pekebun kecil tahu mengenai pengumuman ini,” katanya.