Larangan jual mercun, bunga api dalam talian!

Iklan
Abdul Rahim Jaafar

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) melarang keras tindakan sesetengah pihak yang bertindak menjual mercun dan bunga api secara dalam talian.

Pengarah Pengurusan PDRM Bukit Aman, Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata, penjualan bahan berkenaan secara dalam talian tidak dibenarkan dan menjadi satu kesalahan jika melanggar syarat serta peraturan yang ditetapkan.

Iklan
Iklan

"Larangan bermain mercun telah diputuskan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pada 15 Februari 1995 dan larangan bermain bunga api pada 15 Mac 1995," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut beliau, larangan berkenaan masih berkuat kuasa sehingga kini dan tertakluk di bawah Akta Bahan Letupan 1957 (Akta 207).

Iklan

"PDRM mendapati penjualan mercun dan bunga api dalam talian tular di media sosial,” katanya.

Abdul Rahim memberitahu, penjualan bunga api perlu mendapat kebenaran dari PDRM, syarat dan peraturan yang dikuatkuasakan perlu dipatuhi.

Iklan

"Sekiranya kegiatan ini masih berterusan, PDRM akan mengambil tindakan tegas di bawah Seksyen 8, Akta Bahan Letupan 1957, (Akta 207) yang boleh dikenakan hukuman penjara tujuh tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya,” katanya.

Menurutnya, sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), penjualan bunga api di premis dan bazar tidak dibenarkan.