Operasi cari Priaangka masih buntu

Iklan
Anggota bomba melakukan operasi mencari dan menyelamat seorang kanak-kanak yang dikhuatiri lemas sejak seminggu lalu di kawasan parit di Kampung Parit Bugis, Panchor, Pagoh hingga ke Sungai Muar, Johor.

PAGOH - Usaha mencari dan menyelamat (SAR) seorang kanak-kanak perempuan hilang selepas terjatuh dalam parit di Kampung Parit Bugis, Panchor, di sini sejak seminggu lalu terus buntu.

Operasi mencari dilakukan tanpa henti 24 jam setiap hari sejak S Priaangka, 10, tergelincir pada 10 Mei lalu selepas cuba mengambil seliparnya yang terjatuh dalam parit berkenaan.

Iklan
Iklan

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pagoh, Pegawai Bomba Kanan I Hairulnizam Ridhwan berkata, pelbagai teknik pencarian dan usaha dilakukan bagi mengesan kanak-kanak yang dikhuatiri lemas itu.

"Kita sudah melakukan pencarian kira-kira lima kilometer dengan menggunakan aset bomba dan pelbagai agensi di lokasi mangsa terjatuh hingga ke kuala dan muara sungai Muar termasuk menyusuri sungai Panchor.

Iklan
Pelbagai teknik pencarian dan usaha dilakukan bagi mengesan kanak-kanak terbabit.

"Begitu juga di tebing sungai yang dilitupi pokok merimbun, pokok-pokok besar dan kawasan batu seperti gua untuk melihat sama ada mangsa tersangkut tetapi tidak berhasil," katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

Dalam kejadian jam 6.22 petang itu, kanak-kanak tersebut dilihat terjatuh ke dalam parit di kampung berkenaan sebelum hilang sehingga kini.

Iklan

ARTIKEL BERKAITAN:Budak perempuan dikhuatiri lemas jatuh parit

Berikutan itu operasi SAR dilakukan siang dan malam tanpa henti termasuk melibatkan bantuan dan aset daripada pihak polis, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), polis marin selain bantuan BBP Muar serta BBP Segamat.

Hairulnizam berkata, sehingga kini pihaknya masih tidak mendapat sebarang pentunjuk baharu dan hanya menemukan selipar kanak-kanak tersebut.

Pihaknya juga sudah menggunakan unit anjing pengesan untuk mencari mangsa di beberapa lokasi tetapi tidak berhasil.

Menurut beliau, operasi SAR sudah memasuki hari ketujuh hari ini dan sedang menimbang untuk meneruskan atau sebaliknya kerana biasanya usaha pencarian dilakukan dalam tempoh seminggu sahaja.

Operasi SAR dilakukan siang dan malam tanpa henti.