Exco Kedah sedia lepaskan jawatan

Iklan
Zamri Yusuf.

ALOR SETAR - Exco Kedah, Datuk Zamri Yusuf bersedia melepaskan jawatannya yang genap disandang dua tahun lalu dan mengakui sudah memberikan khidmat terbaik kepada rakyat negeri ini.

Menurutnya, beliau akur kepada titah Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah jika diminta berbuat demikian bagi menyelesaikan kemelut politik yang sedang berlaku di negeri ini.

Iklan
Iklan

"Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Harapan (PH) sudah menghadap baginda semalam, jadi dalam hal ini saya akan menerima titah Tuanku esok.

"Kebetulan minggu ini genap dua tahun saya dan rakan lain bertugas sebagai Exco dan saya berpuas hati. Saya sudah melakukan yang terbaik untuk rakyat terutama dalam soal pengurusan bekalan air," katanya kepada media selepas ditemui di Kempen Water Hero Challenge 2020 di Bangunan Syarikat Air Darul Aman (SADA) hari ini.

Iklan

Zamri berkata, beliau juga gembira kerana berjaya mengurangkan krisis bekalan air berbanding tahun sebelumnya.

Jelasnya, beliau yang juga ADUN Suka Menanti akan tetap melaksanakan tugas sebagai wakil rakyat di kawasannya jika tidak dilantik sebagai Exco.

Iklan

"Saya sudah bersama PKR sejak 21 tahun malah pernah memegang jawatan Pengerusi Negeri. Maka kerjasama bersama parti lain di dalam Pakatan Harapan (PH) akan tetap diteruskan bersama Amanah dan DAP," katanya.

Selasa lalu, Perikatan Nasional (PN) Kedah mengumumkan mereka mempunyai cukup majoriti membentuk kerajaan negeri baharu selepas mendapat sokongan 23 ADUN termasuk daripada Bersatu.