Buruh maut tanah runtuh di cerun gunung Merapi

Iklan
Tanah runtuh di cerun Gunung Merapi. - Kompas

MAGELANG - INDONESIA. Seorang maut setelah tertimbus tanah runtuh di Kabupaten Magelang, Jawa Tengah, di lereng Gunung Merapi, di sini.

Mangsa dikenali Pardi, 50, merupakan penduduk tempatan.

Iklan
Iklan

Ketua sekretaris harian Badan Penanggulangan Bencana Daerah (BPBD) Kabupaten Magelang, Eddy Susanto, berkata, berlaku gelinciran tanah sekitar jam 8 pagi setelah hujan melanda puncak cerun Gunung Merapi.

"Mangsa juga buruh sedang bekerja di kawasan tersebut namun secara tiba-tiba tebing runtuh kira-kira lapan meter tinggi dan empat meter lebar lalu menghempap mangsa," katanya.

Iklan

Rakan mangsa mengetahui kejadian itu segera meminta bantuan dari penduduk setempat dan petugas BPBD di Kabupaten Magelang bersama agensi berkaitan berusaha mencari mangsa.

Eddy turut menasihatkan kepada penduduk agar lebih berhati-hati kerana gempa susulan masih berlaku.

Iklan

"Masih ada gempa susulan yang berpotensi jika berlaku hujan berpanjangan dan lebat. Rakyat diminta untuk berwaspada," katanya. - Kompas