KKM tamatkan pemantauan dua kluster

Iklan
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah semasa sidang media harian berkaitan jangkitan COVID-19 di Kementerian Kesihatan hari ini.- Foto Bernama

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini menamatkan tempoh pemantauan dan pengawasan di dua kluster iaitu Bandar Baru Ibrahim Majid, Johor dan tabligh Makassar di Sabah.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, keputusan itu dibuat selepas mendapati tiada kes baharu dilaporkan dalam tempoh 28 hari di kedua-dua kluster tersebut.

Iklan
Iklan

"Pemantauan dan pengawasan kluster Bandar Baru Ibrahim Majid ditamatkan hari ini selepas tiada kes dilaporkan untuk tempoh 28 hari. Kluster ini melibatkan 193 kes manakala jumlah kematian adalah empat orang.

"Begitu juga dengan kluster tabligh Makassar Sabah melibatkan sembilan kes dan tiada kematian," katanya pada sidang media situasi semasa jangkitan Covid-19 di kementeriannya di sini hari ini.

Iklan

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham turut memaklumkan terdapat dua lagi kluster yang masih aktif setakat hari ini.

"Kluster tapak pembinaan Kuala Lumpur ada pertambahan satu kes baharu menjadikan jumlah kes 31 kes manakala kluster pengawal keselamatan Cheras ada satu kes menjadikan jumlah kes 25 orang," katanya

Iklan