Nafsu boros makan diri

Iklan
Kelantan dibelenggu masalah tunggakan gaji sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

SIFAT degil pasukan yang berbelanja melebihi kemampuan menjadi punca masalah tunggakan gaji pemain sehingga ada pasukan yang bakal dikenakan hukuman daripada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Bekas pemain kebangsaan, Datuk Jamal Nasir Ismail berkata, masalah tersebut sepatutnya boleh dielakkan sekiranya pasukan tidak boros mendapatkan pemain import dan menggunakan dana tersebut untuk menyelesaikan tunggakan gaji pemain.

Iklan
Iklan

"Bagi saya, apa yang terjadi ini adalah sebagai hukuman akibat kedegilan pasukan yang tetap berbelanja tanpa mengukur baju di badan sendiri sebelum liga bermula.

"Saya sudah cakap sebelum ini di mana pasukan yang tidak bayar tunggakan gaji janganlah ambil pemain import dan duit yang ada itu boleh diselesaikan untuk membayar tunggakan gaji pemain.

Iklan

"Para penyokong juga saya rasa tiada masalah sekiranya pasukan hanya menggunakan pemain tempatan kerana tahu situasi sebenar pasukan yang mempunyai sumber kewangan yang kecil.

"Sekarang apabila dah jadi sebegini, baru nak pening cari duit. Disebabkan nafsu berbelanja ini akhirnya sudah ada pasukan yang bakal dihukum FIFA,” katanya kepada Sinar Harian.

Iklan

Terdahulu, FIFA telah mengarahkan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) untuk membayar tunggakan gaji bekas pemain importnya, Casio Francisco De Jesus RM629,620.20 dalam tempoh 30 hari bermula 23 April lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: AFC tiada kuasa campur tangan

Sebelum ini, Jamal Nasir pernah menyuarakan cadangan kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) supaya mengeluarkan peraturan untuk tidak membenarkan pasukan mempunyai masalah tunggakan gaji mengambil pemain import untuk saingan liga musim ini.

Menurutnya, tiada langkah drastik dibuat oleh badan pentadbir liga akan menyaksikan lebih banyak pasukan menghadapi masalah sama seperti yang berlaku kepada Kelantan.

"Seharusnya garis panduan mengenai pengambilan pemain import ini boleh dilihat kembali dan mula dirangka untuk digunakan untuk musim depan. Kita tidak mahu lebih banyak pasukan terjejas akibat masalah tunggakan gaji ini yang akhirnya memberikan kesan kepada liga kita.

"Pasukan juga perlu faham di mana tahap kewangan mereka. Perkara ini bukan perkara baharu dan pasukan juga sudah tahu situasi dalam liga di negara ini,” tegasnya.