Hospital Mumbai tak mampu tampung pesakit Covid-19

Iklan
Hospital Umum Perbandaran Lokmanya Tilak, atau lebih dikenali sebagai Sion.

NEW DELHI - Hospital di Mumbai tidak lagi mampu menampung jumlah pesakit Covid-19 yang meningkat saban hari.

Malah, situasi di Hospital Sion semakin kritikal apabila pesakit diminta berkongsi katil dan bilik mayat dipenuhi jasad mangsa Covid-19 yang tidak dituntut waris kerana kekangan akibat pelaksanaan perintah berkurung.

Iklan
Iklan

Seorang doktor di Hospital Sion, Aditya Burje berkata, hospital tersebut tidak mempunyai kapasiti yang cukup bagi menguruskan kes Covid-19 selain wad kecemasan juga sentiasa dipenuhi pesakit.

Difahamkan Burje yang sepatutnya memperoleh gaji bulanan sebanyak RM3,046.19 juga masih belum menerima gajinya sejak India melaksanakan 'lockdown' pada akhir bulan Mac. -AFP

Iklan
Iklan