KUALA LUMPUR - Pemilik bangunan dan majikan mestilah mengambil tindakan yang sewajarnya untuk meningkatkan kualiti udara bagi mencegah penyebaran Covid-19 melalui sistem penyaman udara.
Pengerusi Perikatan Komuniti Selamat, Tan Sri Lee Lam Thye dalam kenyataan hari ini berkata, pemilik bangunan, pejabat dan pusat beli-belah mestilah mengambil perhatian atas nasihat pihak berkuasa dan mengambil langkah untuk meningkatkan kualiti udara dalaman apabila tempat kerja tersebut dibuka semula selepas lebih 50 hari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan pada 18 Mac.