PUTRAJAYA - Kerajaan membenarkan individu yang menyertai Program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H) tetapi masih terkandas di luar negara pulang ke Malaysia mulai esok.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, mereka yang terlibat perlu membuat pemeriksaan kesihatan dan disahkan negatif koronavirus (Covid-19) di negara berkenaan terlebih dahulu sebelum pulang.