ADUN Jeneri, Menteri Besar Kedah baharu ganti Mukhriz

Iklan
Muhammad Sanusi - Foto Bernama

ALOR SETAR - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri, Muhammad Sanusi Md Nor dilantik sebagai Menteri Besar Kedah yang baharu hari ini setelah mendapat kepercayaan majoriti ADUN Kedah.

Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Datuk Ammar Shaikh Mahmood Naim berkata, pelantikan itu mendapat perkenan Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah setelah baginda mengadakan perjumpaan bersama semua ADUN Kedah pada 15 Mei lalu.

Iklan
Iklan

ARTIKEL BERKAITAN: Mukhriz lepas jawatan MB Kedah berkuat kuasa serta-merta

Katanya, pelantikan itu adalah sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Perkara 35 dan Perkara 37(2)(a) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kedah.

Iklan

"Majlis pelantikan Menteri Besar Kedah Ke-14 akan diadakan pada hari ini bersamaan 24 Ramadan 1441 Hijrah di Pejabat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah, di Wisma Darul Aman," katanya.

Terdahulu, kira-kira jam 10 pagi tadi, Datuk Seri Mukhriz Mahathir mengumumkan peletakan jawatan sebagai Menteri Besar bersama ahli-ahli majlis mesyuarat kerajaan Iain selaras dengan Perkara 37 (6) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kedah.

Iklan