Berhabis hampir RM30,000 demi si bulus

Iklan
Pemilik bermain dengan kucing di rumah tersebut. - Foto Facebook DataKitt Cattery

BANGKOK - Seorang lelaki berhabis wang lebih 200,000 Baht (RM27,137.32) untuk membina rumah kucing kesayangannya hingga menjadi perhatian netizen.

Beberapa keping gambar kemudian tular di media sosial mengenai rumah kucing yang kelihatan eksklusif itu.

Iklan
Iklan

Seorang pengguna Facebook, DataKitt Cattery telah berkongsi proses menyiapkan rumah tersebut yang bersaiz 2.5 x 6 meter yang dibina di tepi halaman rumah dengan lengkap mempunyai dinding serta bumbung termasuk pendingin hawa.

Bukan itu sahaja, sambil bermain dengan si bulus kesayangannya, pemilik itu juga boleh menikmati pemandangan langit biru.

Iklan

Sementara itu, posting Facebook tersebut meraih lebih 68,000 perkongsian, 23,000 tanda suka dan lebih 26,000 komen daripada netizen yang begitu teruja melihat rumah kucing berkenaan.

Shuyang berkata,"Ruang besar, selesa untuk si kucing, ia beri inspirasi untuk saya bina rumah buat si bulus."

Iklan

Kata Kong Wat,"Cantik! harap saya mampu bina untuk si manja."

Pengguna Facebook DataKitt Cattery kongsi bina rumah kucing hampir RM30,000 cetus inspirasi kepada netizen.