Anggota APM maut kereta terbabas

Iklan
Seorang anggota APM maut selepas terlibat dalam kemalangan di Jalan Jenderam/Salak hala ke Salak Tinggi, Sepang, hari ini.

SEPANG - Seorang anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) maut selepas kereta yang dinaiki bersama rakannya terbabas dan merempuh sebuah kenderaan di Jalan Jenderam/Salak hala ke Salak Tinggi di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, mangsa dikenali sebagai Nurul Ain Natasha Mazlan, 26 disahkan maut akibat cedera parah dalam kejadian kira-kira jam 8.21 pagi ketika mangsa yang menaiki kereta jenis Proton Iswara sedang dalam perjalanan ke tempat kerja.

Iklan
Iklan

"Semasa melalui kawasan terbabit, kereta yang dipandu rakan mangsa berusia 22 tahun hilang kawalan di laluan selekoh menyebabkan kereta tersebut terbabas masuk ke lorong bertentangan.

"Kemudian datang sebuah kereta jenis Proton Saga yang dipandu seorang wanita berusia 35 tahun gagal mengelak sebelum melanggar kereta mangsa," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Iklan
Keadaan Proton Saga selepas terlibat kemalangan dengan sebuah lagi kereta di Jalan Jenderam/Salak hala ke Salak Tinggi, Sepang, hari ini.

Beliau berkata, kemalangan itu menyebabkan Nurul Ain Natasha parah dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala rakannya yang juga anggota APM dilaporkan cedera di kepala dan tangan.

Katanya, pemandu Proton Saga juga dilaporkan stabil selepas hanya mengalami kecederaan di bahagian pinggang.

Iklan

"Mayat mangsa dibawa ke Hospital Serdang untuk bedah siasat. Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.