KLCC patuhi garis panduan KKM

Iklan
Kawasan dan peralatan yang mempunyai kekerapan hubungan langsung dengan pengunjung sentiasa dibersihkan di Suria KLCC.

KUALA LUMPUR - KLCC Sdn Bhd mematuhi garis panduan ketat yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi memastikan semua pusat beli-belahnya bersih dan selamat untuk pembeli serta pekerjanya.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Andrew Brien berkata, Kumpulan Suria KLCC telah mengambil langkah-langkah pencegahan untuk melindungi pengunjung, pembeli dan pekerja dengan menempatkan cecair pencuci tangan di lokasi strategik serta mudah akses.

Iklan
Iklan

Menurutnya, syarikat itu juga melakukan pemeriksaan suhu badan setiap hari ke atas semua pengunjung dan pekerja di pelbagai lokasi di dalam pusat beli-belah, meningkatkan kekerapan pembersihan di setiap sudut dan mempraktikkan penjarakan sosial sejauh dua meter.

"Dalam kita menjalani kehidupan norma baru, Kumpulan Suria KLCC teruja untuk menyambut kembali kehadiran pengunjung ke semua rangkaian pusat beli-belah kami.

Iklan

"Kami sentiasa membersihkan kawasan dan peralatan yang mempunyai kekerapan hubungan langsung dengan pengunjung terutamanya eskalator, lif serta kawasan umum lain kerana keselamatan dan kesihatan mereka adalah amat penting," katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Beliau berkata, bagi menjadikan perayaan Hari Raya Aidilfitri ini lebih bermakna buat pelanggan, pembeli Suria KLCC akan menerima satu set hadiah L'Occitane eksklusif apabila mereka membeli-belah di mana-mana kedai terpilih dari 15 hingga 25 Mei 2020.

Iklan
Pembeli di Pusat Membeli Belah Alamanda pula layak menebus hadiah apabila mereka membeli-belah di mana-mana kedai terpilih.

Katanya, pembeli perlu menunjukkan resit mereka ke kaunter pertanyaan pada hari yang sama untuk menebus hadiah eksklusif yang tersedia dengan jumlah perbelanjaan minimum RM500.

Menurutnya, pembeli di Pusat Membeli Belah Alamanda pula layak menebus hadiah berupa selendang yang cantik apabila mereka membeli-belah di mana-mana kedai terpilih dari 14 hingga 25 Mei ini.

Katanya, pembeli boleh berbuat demikian dengan menunjukkan resit mereka dengan jumlah perbelanjaan minimum RM150.

Sementara Mesra Mall di Terengganu menarik pembeli dengan bekas pemanas minyak seramik eksklusif dengan perbelanjaan minimum RM150 bermula 15 hingga 31 Mei ini.

Maklumat lebih lanjut boleh didapati di www.suriaklcc.com.my, www.alamanda.com.my dan www.mesramall.com.my.