PUTRAJAYA - Kerajaan berharap orang ramai memberikan maklumat diri yang tepat ketika berkunjung ke premis perniagaan bagi memudahkan proses pengesanan jika berlaku kes positif koronavirus (Covid-19).
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan juga telah menetapkan hanya nama dan nombor telefon diberikan pelanggan kepada pemilik premis.