PUTRAJAYA - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan mengumumkan mekanisme kawalan harga ayam musim perayaan esok bagi mengelakkan harga barang mentah itu naik melebihi harga siling yang ditetapkan.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, selain ayam, barang-barang lain yang sering digunakan pada musim perayaan juga akan dimasukkan dalam skim kawalan harga tersebut.