Stor barangan lusuh musnah dalam kebakaran

Iklan
Sebuah stor penyimpanan barangan lusuh terbakar dalam kejadian di Kampung Baru, Parit 5 di sini hari ini.

SABAK BERNAM - Sebuah stor penyimpanan barangan lusuh musnah dalam kebakaran di Kampung Baru, Parit 5 di sini hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sekinchan, Khairul Anuar Abu Bakar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 10.49 pagi tadi.

Iklan
Iklan

Menurutnya, seramai 20 anggota dari BBP Sekinchan dan Sungai Besar serta dibantu Bomba Sukarela Bagan Sekinchan bersama jentera masing-masing digerakkan ke lokasi kejadian.

"Tiba di lokasi kejadian anggota kemudian diarahkan membuat pemadaman menggunakan satu aliran hos setinggi 100 kaki dan dua pancutan," katanya.

Iklan

Katanya, kebakaran stor penyimpanan barangan lusuh itu membabitkan kemusnahan 70 peratus.

Menurut beliau, kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya pada jam 11.10 pagi tadi.

Iklan

"Tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan dalam kejadian ini, bagaimanapun siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kebakaran," katanya.