1,646 pelajar Sabah, Sarawak di hantar pulang

Iklan
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob -Foto Bernama

PUTRAJAYA - Seramai 1, 646 pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) dari Sabah dan Sarawak telah dihantar pulang ke kampung masing-masing.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah itu seramai 652 pelajar telah dihantar pulang ke Sarawak melalui empat penerbangan dari Kuala Lumpur ke Miri, Kuching, Bintulu dan Sibu.

Iklan
Iklan

Katanya, seramai 574 pelajar lagi dihantar pulang dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu melalui dua penerbangan.

"Sebuah penerbangan dari Kuching juga telah membawa pulang 160 pelajar ke Kota Kinabalu manakala satu penerbangan ulang-alik dari Bintulu ke Kota Kinabalu telah menghantar pulang 227 pelajar.

Iklan

"Bagi penghantaran pelajar dalam negeri (intra-state) pula, seramai 33 pelajar di Sabah telah dihantar pulang ke kampung halaman masing-masing,” katanya pada sidang media (Non-Health) selepas Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan di sini hari ini.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, sejak 27 April lalu sehingga semalam, KPT telah menghantar pulang 49,019 pelajar ke pangkuan keluarga masing-masing.

Iklan

Katanya, tiga lagi penerbangan dijadualkan berlepas hari ini dari Kuala Lumpur ke Bintulu, Sibu dan Miri untuk membawa pulang 418 pelajar ke kampung halaman masing-masing.

"Masih terdapat 7,384 pelajar dari Sabah dan 2,207 pelajar dari Sarawak yang belum dihantar pulang dari kampus IPT di Semenanjung Malaysia.

"Ini disebabkan pusat kuarantin sedia ada tidak dapat menampung jumlah kepulangan pelajar di Sabah untuk menjalani kuarantin wajib 14 hari,” katanya.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata, KKM dan KPT bersama kerajaan negeri Sabah telah membuat keputusan untuk mewajibkan pelajar menjalani ujian swab Covid-19, sebelum mereka berlepas pulang.

Katanya, bagi mereka yang disahkan negatif Covid-19 akan dibenarkan meneruskan perjalanan manakala yang positif akan dihantar ke hospital untuk rawatan.