Gembira beraya di rumah baharu
Iklan
Ahmad Zakiyuddin (tengah) dan Amran (kiri) meninjau keadaan rumah Shawai.
KEPALA BATAS - Sambutan Aidilfitri kali ini lebih bermakna buat lima keluarga dalam kategori asnaf apabila mereka dapat beraya di rumah baharu yang disumbangkan Zakat Pulau Pinang (ZPP).
Bukan sahaja dapat menjalani kehidupan dengan lebih selesa, mereka mengakui lebih bersemangat untuk mengubah kehidupan ke arah lebih baik melalui bantuan dan keprihatinan ZPP.
Iklan
Iklan
Shawai Dahaman, 61, berkata, sebelum ini keluarganya tinggal di rumah pusaka peninggalan keluarganya di Permatang Janggus, di sini dalam keadaan serba kekurangan namun bersyukur dapat beraya di rumah baharu tahun ini.
"Rasa lebih selesa apabila ada rumah sendiri sebab sebelum ini menumpang di tanah orang jadi keseronokan berada di rumah sendiri berbeza dan tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata," katanya ketika ditemui Sinar Harian di sini hari ini.
Iklan
Shawai (kiri) bersama isteri dan cucunya bergambar di hadapan rumah baharu yang diterima mereka.
Bekas pesara itu berkata, dia sukar mencari pendapatan berikutan tulang kakinya patah selepas terlibat dalam kemalangan.
Terdahulu, Shawai bersama empat penerima lagi menerima replika kunci dan bantuan barangan keperluan asas yang disampaikan oleh Timbalan Ketua Menteri 1, Datuk Ir Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman.
Iklan
Turut serta, Ketua Pegawai Eksekutif ZPP, Amran Hazali dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi) ZPP, Mohd Kairi Ghazali.
Seorang lagi penerima, Omar Mat, 70, berkata, rumah baharu diterimanya itu berbeza dengan rumahnya di Kampung Bakau Tua sebelum ini yang rosak dan sering dimasuki air hujan berikutan bumbung bocor, selain dibina di atas tanah orang.
"Terima kasih kepada ZPP dan kerajaan negeri atas sumbangan ini," katanya.
Omar (dua dari kanan) menerima replika kunci dan sumbangan daripada Ahmad Zakiyuddin.
Sementara itu, Ahmad Zakiyuddin berharap sumbangan rumah baharu berkeluasan 800 kaki persegi itu mampu memberikan keselesaan dan keceriaan kepada keluarga terbabit untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi.
Beliau yang juga Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang berkata, kos seunit rumah tersebut bernilai RM57,515 yang dilengkapi dengan tiga bilik tidur dan dua bilik air selain menggunakan reka bentuk baharu yang lebih kemas dan selesa berbanding sebelum ini.
Katanya, pemberian rumah baharu itu adalah salah satu daripada program sumbangan ZPP dalam pengagihan wang zakat kepada asnaf dan pihaknya bercadang membina 40 buah rumah setahun untuk diserahkan kepada penerima-penerima yang layak.
"Banyak permohonan kita terima setiap tahun tetapi kita akan proses mengikut kelayakan masing-masing dan paling penting adalah perlu memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan khususnya daripada segi aspek pemilikan tanah.
"Kita percaya program-program seperti ini memenuhi kehendak pembayar-pembayar zakat apabila melihat bahawa sumbangan zakat mereka sampai kepada penerima yang layak,” katanya.
Ahmad Zakiyuddin (tengah) bersama lima orang penerima bantuan rumah sumbangan ZPP bergambar bersama.
Pengalaman berdepan situasi cemas di tengah laut termasuk menyelamatkan beberapa mangsa tragedi bot karam baru-baru ini membuatkan Pencipta kandungan atau YouTuber dikenali sebagai Mohd Khushairi Mohd Zuki lebih menitik beratkan soal keselamatan setiap kali turun memancing, lapor wartawan Sinar Harian, Mohd Iskandar Othman.
Berkongsi pengalaman bersama rakan menyelamatkan empat nelayan warga Indonesia yang terapung selama empat hari di tengah laut berhampiran Pulau Jarak pada Rabu lalu, Mohd Khushairi berkata, mereka bernasib baik kerana dapat berpaut pada tong ikan dan botol yang diikat pada badan masing-masing.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/698041/edisi/utara/youtuber-kongsi-pengalaman-selamatkan-empat-mangsa-bot-karam