Solat di padang, kekalkan jarak sosial

Iklan
Paparan Facebook HT Australia menunjukkan penganut beragama Islam sedang menunaikan solat Jumaat di padang dengan kekalkan jarak sosial.

SYDNEY - Umat Islam di New South Wales, Australia dibenarkan berhimpun menunaikan solat Jumaat buat pertama kalinya setelah diberi kelonggaran sekatan wabak koronavirus (Covid-19).

Menerusi laman Facebook HT Australia, penduduk beragama Islam di New South Wales dibenarkan solat Jumaat di kawasan lapang seperti di padang dengan mengekalkan jarak antara satu sama lain.

Iklan
Iklan

"Alhamdulillah pada hari pertama kelonggaran sekatan Covid-19, umat Islam di New South Wales, Australia mengadakan perjumpaan bersama pada hari Jumaat ini.

"Di taman-taman dan di beberapa masjid dan pusat-pusat, umat Islam berusaha untuk memenuhi kewajiban Islam dengan mengambil langkah-langkah untuk menjaga keselamatan para hadirin, dengan kekuasaan ALLAH," katanya.

Iklan

Pada hantaran sama, beberapa keping gambar yang dimuat naik turut memaparkan jemaah membentang sejadah di atas rumput dan mendengar khutbah yang disampaikan dengan mengekalkan jarak tanpa bersentuhan.

Inisiatif yang dilakukan itu mendapat pujian daripada netizen dan berharap peluang diberikan oleh kerajaan dimanfaatkan sebaiknya.

Iklan

Mereka turut mendoakan agar negara itu bebas wabak Covid-19 dan rakyat boleh terus menjalani rutin harian seperti biasa.