SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari menyifatkan sabotaj paling besar kepada usaha pemulihan ekonomi negeri dan negara akibat kesan penularan wabak koronavirus (Covid-19) adalah ‘ganggu-gugat politik’.
Amirudin turut mengakui wujud ‘usaha’ sedemikian dalam pentadbirannya, namun beliau yakin kerajaan Selangor di bawah Pakatan Harapan (PH) masih kuat kerana mempunyai jumlah majoriti kerusi dalam Dewan Undangan Negeri (DUN).