'Insya-ALLAH nanti pakcik balas kad raya ni'

Iklan
Paparan Twitter Dr Zulkifli terhadap kad raya diutus oleh adik Nadzrul Zarfan.

SHAH ALAM - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Seri Dr Zukifli Mohamad Al-Bakri terharu menerima kad raya dan hadiah kuih-muih daripada seorang kanak-kanak yang dikenali sebagai Nadzrul Zarfan Sharul Azly.

Luahan itu dikongsi di Twitter rasminya yang turut mengingati ucapan nasihat daripada kanak-kanak berusia 11 tahun itu serta mengucapkan terima kasih di atas pemberian tersebut.

Iklan
Iklan

"Pakcik amat terharu dgn surat anakanda. Pakcik akan ingat nasihat dan pesan anakanda. Siap ada pantun;

Pecah kaca, pecah gelas,

Iklan

Lepas baca, harap balas.

"Insya-ALLAH nanti pakcik balas kad raya ni," ciapnya pantas menarik perhatian ramai.

Iklan

Dalam isi kandungan surat tersebut juga menyatakan keinginan Nadzrul Zarfan untuk berkolaborasi bersama Dr Zulkifli menghasilkan buku Bayyan Linnas versi komik untuk kanak-kanak.

Buku itu juga dikatakan mampu menarik kanak-kanak untuk menuntut ilmu agama kerana konsep komik lebih santai, menarik dan mudah difahami.

Terdahulu, Nadzrul Zarfan pernah tular di laman sosial selepas mengutus surat kepada pengurusan sebuah surau yang menghalangnya solat di saf pertama sehingga mendapat perhatian Dr Zulkifli yang ketika itu masih menjawat jawatan Mufti Wilayah Persekutuan.