11 kenderaan tersadai kena angkut

Iklan
Antara kenderaan yang dikenakan tundaan oleh DBKL.

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menunda 11 kenderaan buruk yang tersadai di sekitar Taman Salak Jaya dan Taman Kepong Baru di sini semalam.

Unit Media DBKL menerusi satu kenyataan memaklumkan tindakan tersebut dilaksanakan berikutan aduan orang ramai selain daripada rondaan dijalankan pihak DBKL.

Iklan
Iklan

Menurutnya, DBKL terus melaksanakan kerja-kerja pembersihan bandar dengan melaksanakan tindakan menunda, mengalih kenderaan tersadai dan buruk itu bagi memastikan bandaraya Kuala Lumpur sentiasa dalam keadaan bersih dan kemas.

"Tindakan mengangkut dan menunda 11 buah kenderaan buruk dilaksanakan di Jalan 2/108, Taman Salak Jaya manakala sebuah rangka motosikal pula ditunda di Jalan 2/38C, Taman Kepong Baru.

Iklan
Antara kenderaan yang dikenakan tundaan oleh DBKL.

"Kesemua kenderaan terbabit dibawa ke Depoh Simpanan Taman Connaught, Cheras. Tindakan seumpama ini akan diteruskan dari masa ke masa," menurut kenyataan dimuat naik di akaun Facebook DBKL hari ini.

Kenyataan itu memaklumkan, sebarang aduan mengenai kenderaan buruk boleh disalur terus kepada Pusat Panggilan Setempat DBKL di talian bebas tol 1 800 88 3255.

Iklan