Ajal rempuh lori keluar simpang

Iklan
Seorang operator kilang maut apabila gagal mengawal motosikal Yamaha RXZ dinaikinya sebelum merempuh belakang sebuah lori dalam kemalangan di simpang Felda Taib Andak, Kulai, Johor malam tadi. - Foto Ihsan PEMBACA (Gambar kecil: Muhammad Afiq Abdul Rahim)

KULAI - Seorang operator kilang maut selepas gagal mengawal motosikal jenis Yamaha RXZ yang ditunggangnya sebelum merempuh bahagian belakang sebuah lori dalam kejadian di simpang memasuki Felda Taib Andak di sini malam tadi.

Dalam kejadian pada jam 7.50 malam itu, mangsa, Muhammad Afiq Abdul Rahim, 22, meninggal dunia di tempat kejadian selepas cedera parah pada bahagian kepala dan badan.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tok Beng Yeow berkata, ketika kejadian mangsa menunggang motosikal seorang diri dalam perjalanan dari rumahnya di Felda Taib Andak menuju ke Kulai.

"Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila mangsa menunggang motosikal seorang diri sedang menuruni bukit di laluan terbabit dari Felda Taib Andak menuju ke Kulai.

Iklan

"Sampai di tempat kejadian, keluar sebuah lori dari simpang jalan tidak berturap di sebelah kiri jalan menyebabkan mangsa tidak sempat membrek lalu terlanggar bahagian belakang kanan lori tersebut," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini hari ini.

Beng Yeow berkata, akibat perlanggaran itu mangsa mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala, dada serta tangan dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan Hospital Kulai.

Iklan

Menurutnya, pemandu lori berusia 28 tahun itu bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Jelas Beng Yeow, mayat mangsa dibawa ke Hospital Kulai untuk bedah siasat.

"Pemandu ditahan dan lori dibawa ke IPD Kulai untuk siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Polis juga sedang mengesan saksi untuk tampil memberi keterangan dalam membantu siasatan ini," katanya.