ALOR SETAR - Seorang kelindan lori warga Bangladesh maut apabila lori tiga tan dinaikinya terbabas sebelum terjunam ke dalam parit di Lebuh Raya Utara Selatan berhampiran Pendang, dekat sini pagi tadi.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba 1 Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 9.15 pagi melibatkan lori terbabas ke dalam parit di tepi lebuh raya itu.