Kes Covid-19 di India melebihi 100,000

Iklan
India negara ke-11 di dunia mencatatkan jumlah kes jangkitan tertinggi

ANKARA - Jumlah kes Covid-19 di India pada Selasa melebihi 100,000 orang dengan 3,156 pesakit meninggal dunia, menurut data John Hopkins University.

India negara ke-11 di dunia mencatatkan jumlah kes jangkitan tertinggi, lapor agensi berita Anadolu.

Iklan
Iklan

Menurut saluran NDTV, Maharashtra negeri paling teruk terjejas dengan 33,053 kes dilaporkan. New Delhi pula mencatatkan 10,054 kes.

Di Jammu dan Kashmir yang ditadbir India, jumlah kes mencecah 1,183 orang dan 13 orang meninggal dunia setakat ini.

Iklan
Iklan

Sekatan pergerakan di seluruh India dilanjutkan sehingga akhir bulan.- Bernama