Penduduk Muar hormati larangan merokok

Iklan
Sebahagian penguatkuasa Pejabat Kesihatan Daerah Muar mengadakan pemeriksaan di premis makanan di daerah ini. (Ihsan Pejabat Kesihatan)

MUAR - Meskipun penguatkuasaan larangan merokok di premis makanan masih lagi di fasa baharu, namun golongan perokok di daerah ini dilihat mampu mematuhi perkara berkenaan.

Pegawai Kanan Kesihatan Daerah Muar, Dr Noorhaida Ujang berkata, tinjauan pihaknya mendapati, sehingga kini tiada pengunjung yang merokok di premis makanan selain puntung rokok juga tidak ditemukan.

Iklan
Iklan

"Sepanjang operasi di tempat makan, didapati kawasan premis yang diperiksa bebas daripada puntung rokok, selain didapati tiada pelanggan yang merokok.

"Malah, peniaga juga memberi kerjasama dengan memasang tanda larangan merokok. Ini menunjukkan orang ramai telah mula memahami dan dapat mematuhi peraturan larangan merokok di tempat makan buat masa ini,” katanya kepada Sinar Harian.

Iklan

Menurut beliau, pihak Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) juga turut memainkan peranan dengan mendidik orang ramai melalui pengedaran risalah berkaitan larangan itu.

"Aktiviti yang kami jalankan ketika ini adalah education enforcement. Sejajar dengan namanya, kami memberi kesedaran tentang pelaksanaan undang-undang di mana kawasan tempat makan adalah tempat larangan merokok kepada para peniaga dan pengunjungnya.

Iklan

"Lawatan petugas penguatkuasa kesihatan PKD Muar ke tempat-tempat makan turut mengedarkan risalah berkaitan undang-undang ini dan aktiviti pemantauan ini akan dijalankan secara berterusan,” katanya.

Dr Noorhaida berkata, setakat ini, penguatkuasaan saman terhadap kesalahan itu masih belum dipraktikkan secara serius berikutan pihaknya kini dalam fasa mendidik dan kini giat menghebahkan risalah berkaitan promosi itu.