Perang troll Khalid, Najib bermula

Iklan
Troll dibuat Khalid terhadap Najib ekoran warna baju dipakai beliau ketika turun berkempen dalam PRK Cameron Highlands semalam. (Gambar Kanan: Najib turut membalas 'troll' Khalid dengan mempersoalkan kehadiran Menteri Wilayah Persekutuan di Cameron Highlands.)

SHAH ALAM - Perang troll antara Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad dan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bermula apabila mereka dilihat berlumba-lumba dalam hantaran troll dan menyindir antara satu sama lain di Facebook masing-masing.

Pagi tadi, Khalid dalam hantaran di Facebook miliknya memuat turun gambar beliau bersama Najib yang mengenakan baju Melayu berwarna oren ketika menunaikan solat Jumaat di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Felda Sungai Koyan, semasa turun berkempen dalam PRK Cameron Highlands semalam.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun warna pakaian Najib itu dijadikan 'bahan usikan' Khalid apabila beliau menyindir sama ada Ahli Parlimen Pekan itu mahu menyertai Amanah atau ke Penjara Sungai Buloh.

"Ada yang pakai baju oren nak 'join' Amanah ke nak 'training' baju (Penjara) Sungai Buloh?

Iklan

"Kalu nak 'join' Amanah tu maaflah...kalau (Penjara) Sungai Buloh tu harapan cerah," katanya.

Troll yang dibuat Khalid itu bagaimanapun tidak begitu menjadi, malah dihentam netizen.

Iklan

Netizen, Benz Ali berkata;"Orang nak troll, kau pun nak troll. Biarlah Najib nak troll pun...dia pembangkang kot. Kau tu kerajaan...buatlah kerja."

Sementara itu, Najib juga enggan mengalah, malah membalas troll Khalid dalam hantaran di Facebook peribadinya dengan mempersoalkan kehadiran Ahli Parlimen Shah Alam itu di Cameron Highlands.

"Tiba-tiba teringat. Menteri Wilayah Persekutuan buat apa kat Cameron Highlands?

"Saya datang jauh-jauh ini nak beli strawberi. Menteri Wilayah Persekutuan beli juga ke? Dan satu lagi, kenapa DAP panas saya datang beli strawberi?," soalnya.

Najib baru-baru ini dinobat sebagai Raja Troll oleh netizen selepas beliau aktif dalam media sosial sejak BN tumbang dan sering memberikan bidasan dalam hantaran di Facebook miliknya terhadap kerajaan PH.