KUALA LUMPUR - Pengusaha restoran di negara ini disaran menghentikan penjualan rokok bagi menyahut seruan kerajaan yang menguatkuasakan larangan merokok di premis makanan bermula 1 Januari lepas.
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, inisiatif itu yang diambil Restoran Pelita Samudra Pertama (M) Sdn Bhd (Pelita) perlu disokong dan wajar dicontohi pengusaha restoran lain.