WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengancam untuk menarik diri daripada Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) dan menuduh organisasi itu gagal mengurus respons global terhadap wabak koronavirus (Covid-19).
Selain itu, Trump turut menggelar WHO sebagai ‘boneka China’.
Iklan
Iklan
Dengan lebih banyak kematian dan kes jangkitan di AS berbanding negara lain, Trump yang berada di bawah tekanan telah menyalahkan WHO kerana tidak melakukan tugasnya dengan baik dalam memerangi penularan Covid-19 di peringkat awal.
"Mereka boneka China, mereka memberi kami banyak nasihat buruk,” katanya.
Terdahulu, Trump telah menangguhkan pembiayaan AS kepada WHO yang juga badan di bawah Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan terbaharu beliau turut mengancam untuk menjadikan pembekuan itu kekal. - AFP