LUMUT - Kerajaan akan menyelesaikan projek pembinaan fasiliti dan prasarana yang tertunda serta kurang memuaskan di dalam Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) secepat mungkin demi keselesaan anggota serta keluarga mereka.
Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu berkata, pihaknya menerima aduan daripada anggota TLDM supaya membaiki beberapa kemudahan di dalam pangkalan berkenaan seperti kuarters kediaman, gelanggang futsal dan lain-lain lagi.
"Jadi hari ini saya telah mengadakan lawatan rasmi dan juga yang pertama sebagai Menteri Pertahanan di TLDM Lumut ini bagi melihat sendiri pangkalan terbesar dengan jumlah lebih 25,000 penghuni dan telah telah wujud lebih 35 tahun.
"Hasilnya saya melihat sendiri beberapa masalah dan kekurangan kemudahan untuk anggota dan keluarga seperti kuarters perumahan yang sudah berusia lebih 30 tahun dan memerlukan penyelenggaraan," katanya kepada media selepas program Lawatan Ulung, Menteri Pertahanan ke Pangkalan TLDM, Lumut, hari ini.
Tambahnya, selain masalah kuarters perumahan yang usang, dia juga dimaklumkan bahawa kerja-kerja membaik pulih serta membesarkan Masjid An Nur di dalam Pangkalan TLDM juga tertangguh hingga jemaah terpaksa menunaikan solat di gelanggang futsal.
"Kita akan minta untuk dipercepatkan hal masjid, Hospital Angkatan Tentera (HAT) juga perlu dimodenkan dan semua itu saya cuba tunaikan untuk keselesaan anggota-anggota tentera yang berkorban menjaga keamanan negara," katanya.
Mohammad memulakan lawatannya di Pangkalan TLDM Lumut, dengan melawat HAT diikuti dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pangkalan TLDM, kuarters kediaman tentera unit 004, dewan solat sementara dan projek pembangunan Masjid An Nur.
Sementara itu, dalam ucapannya pada lawatan berkenaan Mohamad turut meminta semua syarikat perniagaan bersama-sama menyumbang kepada tabung angkatan tentera sebagai menghargai jasa dan pengorbanan mereka menjaga keamanan negara.
"Kebiasaannya syarikat perniagaan yang berniaga dengan kementerian pertahanan sahaja sering memberi sumbangan kepada tabung angkatan tentera melalui keuntungan mereka.
"Saya ingin menyeru syarikat perniagaan lain agar turut bersama menyumbang untuk tabung angkatan tentera kerana tanpa tentera yang berkorban menjaga keamanan anda tidak akan dapat berniaga," katanya.